Malaysia Airports Harap LTSAAS Subang Kekal Sebagai Pusat Penerbangan Dan Aeroangkasa Selaras Perancangan “Subang Airport Regeneration”

By bhargavi, 10 March, 2025
News Title En
Malaysia Airports Harap LTSAAS Subang Kekal Sebagai Pusat Penerbangan Dan Aeroangkasa Selaras Perancangan “Subang Airport Regeneration”
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

SEPANG – Berikut merupakan kenyataan daripada Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berhubung cadangan pengambilalihan isu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) susulan daripada mesyuarat ahli lembaga pengarah yang telah dijalankan pada hari ini.

“Mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ini mengambil maklum tentang berita yang tersebar di luar tentang cadangan pengambilalihan LTSAAS Subang oleh pihak swasta, meskipun tiada kertas cadangan yang telah diterima oleh Malaysia Airports secara rasmi samada daripada pihak kerajaan mahupun swasta.

Ekoran isu ini, pihak Malaysia Airports telah mengambil inisiatif memberi taklimat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini tentang kedudukan terkini LTSAAS Subang serta perancangan Malaysia Airports yang telah tersedia di bawah pelan perancangan “Subang Airport Regeneration”.

YAB Perdana Menteri mengambil maklum tentang peranan Malaysia Airports di dalam sektor penerbangan dan industri berkaitan. Lantaran itu, kami menaruh keyakinan dengan komitmen YAB Perdana Menteri dalam memastikan LTSAAS Subang kekal sebagai aset strategik dan keselamatan negara.

YAB Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa sebarang cadangan pembangunan berkaitan lapangan terbang akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Malaysia Airports selaku pemegang taruh utama bagi pihak kerajaan.

Pihak Malaysia Airports berkeyakinan bahawa cadangan dan pandangan yang dikemukakan bagi mengekalkan LTSAAS Subang sebagai sebuah pusat penerbangan dan aeroangkasa akan dikekalkan selaras dengan pelan perancangan “Subang Airport Regeneration” yang telah dirangkakan. LTSAAS Subang kini merupakan pusat MRO kedua terkemuka di Asia dan keempat di dunia.”

News Date