Malaysia Airports Jalankan Siasatan Dalaman Terhadap Kes Penularan Surat Melibatkan Penggunaan Bilik Orang Kenamaan Di Lapangan Terbang

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
Malaysia Airports Jalankan Siasatan Dalaman Terhadap Kes Penularan Surat Melibatkan Penggunaan Bilik Orang Kenamaan Di Lapangan Terbang
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

SEPANG – Merujuk kepada artikel yang diterbitkan oleh Utusan Online pada 15 Ogos, 4.30 petang, bertajuk “PKR Terengganu kesal tindakankakitangan MASB LTSM sebar surat palsu”.

Pihak Malaysia Airports sedia maklum mengenai surat yang telah tular di media sosial mengenai permohonan penggunaan bilik orang kenamaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi lawatankerja seharinya di Terengganu pada 24 Ogos akan datang.

Malaysia Airports menegaskan pihaknya amat memandang serius akanperkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman berkenaan hal ini.  Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terbukti terdapat keculasanyang berpunca daripada kakitangannya.

News Date