90% Kakitangan Malaysia Airports Di KLIA Telah Divaksinasi

By bhargavi, 10 March, 2025
News Title En
90% Kakitangan Malaysia Airports Di KLIA Telah Divaksinasi
News Cards Published
On
News Description En

SEPANG - Sejak pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) minggu lepas, 90% daripada kakitangan Malaysia Airports yang bertugas di  KLIA telah pun divaksinasi, manakala usaha berterusan sedang dijalankan untuk memvaksinasi komuniti KLIA selebihnya yang terdiri daripada pekerja daripada agensi kerajaan berkaitan, serta pekerja syarikat penerbangan, kargo, perkhidmatan pembersihan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, malah lebih 80% daripada lebih kurang 8,500 kakitangan Malaysia Airports yang layak diseluruh negara juga telah menerima dos pertama vaksin. 

PPVKLIA ini telah dibuka atas keprihatinan dalam memastikan komuniti lapangan terbang yang juga merupakan barisan hadapan kekal selamat. Ianya hasil usahasama Malaysia Airports bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Protect Health, Airline Operators Committee (AOC) dan Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM) dan telah menerima sambutan menggalakkan di kalangan pekerja sektor penerbangan. 

Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir, berkata inisiatif ini diambil kerana walaupun sempadan negara masih ditutup, lapangan terbang kekal beroperasi seperti biasa dan keselamatan komuniti lapangan terbang menjadi keutamaan Malaysia Airports, “Saya amat berbangga dengan sikap komuniti lapangan terbang yang rata-rata tidak teragak-agak tampil untuk menerima vaksin bersandarkan rasa tanggungjawab mereka terhadap keselamatan diri dan orang sekeliling.”

“Pelaksanaan inisiatif ini penting kerana kita perlu memastikan yang operasi lapangan terbang tidak terjejas. Di samping itu, kita juga perlu membuat persediaan agar keselamatan di lapangan terbang berada di tahap tertinggi terutama apabila kita memasuki fasa pemulihan. Ini akan membantu dalam meningkatkan keyakinan di kalangan pengembara dalam sektor pengangkutan udara.”

“Bagi pihak komuniti lapangan terbang, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) yang telah memberi sokongan padu kepada kami,” sambung beliau lagi. 

Seramai lebih kurang 22,000 pekerja sektor penerbangan dan berkaitan di KLIA yang layak dijangka menerima vaksin mereka sehingga akhir September ini.

News Date