klia2 Terima Sijil Perakuan Bomba

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
klia2 Terima Sijil Perakuan Bomba
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), terminal khas bagi penerbangan tambang murah terbesar dunia menerima Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) pada hari ini.

Penyerahan sijil tersebut dilakukan dalam satu majlis yang diadakan pada awal pagi ini di terminal klia2. Upacara yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Hj Wan Mohd Nor Hj Ibrahim kepada Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang), Tuan Haji Zainol Md Isa dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Operasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali adalah sempena Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar KLIA 2015. Kempen tersebut akan berlangsung selama dua hari, bermula pada hari ini di klia2 dan esok di terminal utama KLIA.

Menurut Dato’ Abdul Hamid, “Pensijilan Perakuan Bomba kepada bangunan klia2 ini adalah satu lagi bukti kesungguhan dan komitmen pihak Malaysia Airports dalam memastikan terminal klia2 selamat untuk beroperasi. Penganugerahan sijil ini juga telah mengesahkan pematuhan klia2 terhadap semua garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh agensi-agensi penguatkuasa dan pemantauan tempatan serta antarabangsa seperti JBPM, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).”

Sijil perakuan yang dikeluarkan pada 3 Jun 2015 ini adalah susulan dari pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak JBPM ke atas bangunan Terminal Utama dan bangunan Satelit di klia2 pada 27 April 2015 yang lalu. Sijil perakuan ini dikeluarkan setelah pihak JBPM berpuas hati dengan sistem Pemasangan Keselamatan Kebakaran yang terdapat di klia2 dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan itu sepertimana yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984.

Selain dari Sijil Perakuan Bomba, klia2 juga pernah dianugerahkan dengan Pensijilan Aerodrome yang dikeluarkan oleh DCA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pegangkutan Malaysia yang mengawal selia semua aktiviti penerbangan tempatan. Pensijilan tersebut merupakan satu pengesahan bahawa klia2, terutamanya kawasan landasan, parkir pesawat, laluan pesawat, struktur bangunan terminal dan juga kawasan sekitar terminal klia2 adalah mematuhi peraturan 'International Civil Aviation Organisation (ICAO) Annex 14, Volume 1 dan Airport Standards Directive 103 (ASD 103). 

Sebagai sebahagian daripada proses Pensijilan Aerodrome tersebut, klia2 juga telah diaudit secara tahunan oleh DCA bagi mendapatkan perakuan  Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS) yang mengesahkan bahawa terminal klia2 telah mematuhi semua syarat-syarat keselamatan dan melakukan penambahbaikan yang berterusan bagi mengekalkan prestasi keselamatan.

Kesemua langkah-langkah pematuhan keselamatan ini adalah satu inisiatif kolektif semua pihak berkepentingan bagi memastikan terminal itu sentiasa selamat untuk beroperasi. 

News Date