Malaysia Airports Dan Yayasan MyKasih Meringankan Beban 860 Orang Penerima Bantuan #MYAirportCARES Berjumlah RM430,000

By bhargavi, 11 March, 2025
News Title En
Malaysia Airports Dan Yayasan MyKasih Meringankan Beban 860 Orang Penerima Bantuan #MYAirportCARES Berjumlah RM430,000
News Cards Published
On
News Description En

SEPANG – Malaysia Airports meneruskan usaha tanggungjawab korporat (CR) membantu golongan B40 dengan kerjasama dari Yayasan MyKasih. Sebanyak RM430,000 telah disalurkan kepada 860 penerima golongan B40 tersebut menerusi inisiatif #MYAirportCARES. Para penerima adalah terdiri daripada komuniti setempat, di mana mereka setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM500 yang disalurkan secara berkala daripada bulan Oktober sehingga Disember. Wang yang disalurkan secara elektronik ke dalam MyKad setiap penerima adalah bertujuan bagi pembelian  barang keperluan asas di pasaraya terpilih.

Sebuah majlis penyerahan replika cek dengan protokol kesihatan yang ketat telah diadakan pada baru-baru ini di KIPMall Kota Warisan sebagai tanda simbolik sumbangan Malaysia Airports.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, yang turut menyempurnakan majlis ini berkata, “Malaysia Airports sentiasa menitikberat akan kebajikan komuniti setempat. Pandemik telah memberi kesan kepada komuniti terutamanya wargakerja komuniti lapangan terbang sendiri yang majoritinya adalah daripada golongan B40, apabila sektor penerbangan telah lumpuh seketika. Namun, hasil kerjasama bersama Yayasan MyKasih telah berjaya meringankan beban mereka yang terkesan tanpa mengira bangsa dan agama. Kami berharap dengan pemulihan ekonomi negara secara beransur ini akan dapat memberi semangat baru kepada mereka.”

Pengerusi Yayasan MyKasih, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, berkata, “Kami amat berterima kasih kepada pihak Malaysia Airports kerana dapat bekerjasama meringankan beban keluarga yang terkesan akibat wabak Covid-19 pandemik yang telah menjejaskan pekerjaan dan pendapatan mereka. Kami berharap dengan usaha kemasyarakatan seperti ini, ramai lagi dari sektor korporat akan berganding bahu dalam memastikan kesejahteraan komuniti setempat, sejajar dengan visi dan misi MyKasih iaitu ‘Creating Loving & Caring Neighbourhoods.”

Yayasan MyKasih ditubuhkan pada April 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, dan isterinya Puan Sri Jean Ngau, untuk membantu keluarga berpendapatan rendah. Seratus peratus dana dari pihak penyumbang disalurkan kepada golongan penerima secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barang makanan asas di kedai atau pasaraya yang terlibat. Semenjak ditubuhkan, RM380juta telah disalurkan kepada 600,000 keluarga dan pelajar B40 di seluruh Malaysia dalam bentuk barang makanan dan pembelajaran asas.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Urusan Malaysia Airports Dato’ Iskandar Mizal Mahmood; Pemegang Amanah (Trustee) Yayasan MyKasih Datuk Yaacob Amin; Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki, Lembaga Zakat Selangor Ustaz Khairul Azhan Ahmat.

News Date