Malaysia Airports Sumbang Rm16,000 Bantu Pelajar, Madrasah Tahfiz Al-redzuan, Dengkil

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
Malaysia Airports Sumbang Rm16,000 Bantu Pelajar, Madrasah Tahfiz Al-redzuan, Dengkil
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

DENGKIL – Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) menyumbang wang tunai berjumlah  RM16,000 kepada para pelajar dan Madrasah Tahfiz Al-Redzuan yang terkesan dari insiden kebakaran yang berlaku pada Isnin lepas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Malaysia Airports, Tuan Haji Zainol Mohd Isa kepada Pengetua Madrasah, Ishak Jamil ketika melawat madrasah berkenaan di Kampung Dato Ahmad Razali pada hari ini.

Zainol berkata, “Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan kami sebagai sebuah entiti korporat dan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Diharapkan sumbangan ini mampu menyuntik semangat kepada seluruh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar madrasah ini khususnya untuk meneruskan aktiviti pembelajaran mereka seperti biasa.”

Sebahagian daripada sumbangan yang berjumlah RM10,000 akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan seperti tilam dan bantal bagi tujuan penempatan sementara untuk menempatkan 30 pelajar madrasah berkenaan di balai orang ramai yang terletak di hadapan bangunan sekolah Madrasah Tahfiz Al-Redzuan.

Sebahagian lagi sumbangan yang berjumlah RM6,000, akan disalurkan secara individu kepada kesemua 30 pelajar tahfiz berkenaan bagi tujuan membeli barangan keperluan mereka.

Sementara itu, Ishak berkata pihaknya amat berterima kasih terhadap keprihatinan Malaysia Airports dan sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk membeli kelengkapan asrama bagi memastikan pelajar tahfiz di madrasah berkenaan dapat meneruskan sesi pembelajaran mereka seperti sebelum ini.

 

 


 

News Date