EX GASAK PERTINGKAT KETERSEDIAAN KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG SUBANG

By Bhavani, 29 October, 2025
News Title En
EX GASAK PERTINGKAT KETERSEDIAAN KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG SUBANG
News Title Ms
EX GASAK PERINGKAT KETERSEDIAAN KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG SUBANG
News Cards Published
On
News Description En

SUBANG – Lapangan Terbang Subang (SZB) telah melaksanakan latihan amal berskala penuh yang dikenali sebagai “Ex Gasak”, melibatkan lebih 200 anggota daripada lebih kurang 8 agensi kerajaan dan swasta. Latihan ini bertujuan memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta menguji keberkesanan pelan tindak balas kecemasan dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden seperti sabotaj dan tindakan agresif yang menyalahi undang-undang. 

Latih amal ini melibatkan senario berskala penuh yang melakonkan semula kemungkinan insiden yang berpotensi menjejaskan operasi harian di lapangan terbang, termasuk kebocoran bahan kimia berbahaya dan penculikan berprofil tinggi. Semua prosedur dilaksanakan mengikut garis panduan Pelan Kontinjensi Lapangan Terbang (Airport Contingency Plan atau ACP). 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn. Bhd., Kamaruzzaman Razali, “Latihan-latihan ini amat penting untuk memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta koordinasi yang berkesan dalam kalangan semua agensi yang terlibat. Ia meningkatkan keupayaan kolektif kita untuk bertindak dengan pantas dan tegas dalam situasi kecemasan. Sebagai pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports terus bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan lapangan terbang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami terhadap keselamatan penumpang serta komuniti lapangan terbang.” 

Di antara agensi-agensi utama negara yang terlibat dalam latih amal Ex Gasak ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta syarikat-syarikat penerbangan.

News Date