Afrs Malaysia Airports Anjur Fire Fighter Combat Challenge 2017, Uji Kecergasan Fizikal & Mental Anggota

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
Afrs Malaysia Airports Anjur Fire Fighter Combat Challenge 2017, Uji Kecergasan Fizikal & Mental Anggota
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

SEPANG – Airport Fire & Rescue Services (AFRS) Malaysia Airports menganjurkan pertandingan Fire Fighter Combat Challenge 2017, sebuah pertandingan yang menguji tahap kecergasan fizikal dan mental dalam persediaan operasi kebombaan mereka bagi menghadapi sebarang bentuk kecemasan semasa berlaku kebakaran pesawat dan bangunan. Dalam masa yang sama, pertandingan ini turut menguji kecekapan dan kemahiran anggota AFRS dalam mengendalikan peralatan kebombaan. Pertandingan ini juga dilihat dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dengan menyelesaikan kesuluruhan acara pada tahap maksima.

Pertandingan ini merupakan kali kedua yang dianjurkan oleh Divisyen Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang diadakan di Balai Bomba 1, KLIA. Pertandingan seumpana ini diadaptasi daripada format asal penganjuran yang diperkenalkan di University of Maryland, Maryland Fire Rescue Institute USA. Pertandingan kali ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada pasukan AFRS dan AVSEC Malaysia Airports Holdings Berhad, MA (Sepang) dan Malaysia Airports Sdn Bhd serta pasukan Operasi MA (Sepang), Non-Aero Commercial Operation MA (Sepang), Pejabat Kesihatan KLIA dan ERT Team MA (Sepang).

Pertandingan ini turut diadakan bersempena Majlis Sambutan 70 Tahun Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat yang merupakan majlis yang julung-julung kalinya akan diadakan. Sambutan ini secara umumnya adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada komuniti di dalam dan di luar lapangan terbang tentang peranan, tanggungjawab dan profession AFRS.

Dalam ucapan majlis penutup pertandingan berkenaan, Tuan Haji Zainol Mohd Isa, Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports berkata, “Saya yakin dan percaya dengan penganjuran program ini, kesedaran yang tinggi terhadap keperluan untuk menjaga kecergasan fizikal di kalangan kakitangan AFRS dapat dipupuk seterusnya memantapkan lagi tahap profesionalisme perkhidmatan AFRS di seluruh negara.”

Sebelum pertandingan ini diadakan, para peserta Fire Fighter Combat Challenge 2017 telah diberikan latihan intensif selama dua minggu dan dipantau oleh jurulatih yang kompeten sebelum layak mengharungi cabaran pada hari ni. Pertandingan ini mempunyai beberapa titik semak (checkpoint), yang mana setiap titik semak mempunyai halangan-halangan berbeza yang perlu dilalui oleh peserta.

Dalam ucapan yang sama, Zainol turut berkongsi aspirasi beliau akan mutu perkhidmatan AFRS, “Pembudayaan perkhidmatan yang lebih profesional dan responsif adalah penting dalam mencapai hasrat untuk memacu negara ke arah yang lebih kompetitif dan mampu bersaing di peringkat global. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota AFRS di dalam memberikan perkhidmatan yang bertaraf dunia.”

“Semoga dengan usahasama berterusan daripada semua yang terlibat di lapangan terbang, mampu memberi nilai tambah dalam sektor penerbangan negara. Insya Allah kita akan bertambah maju, bertambah jaya dan mampu meningkatkan keyakinan penumpang-penumpang bahawa perkhidmatan ini sentiasa siapsiaga sepanjang masa dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik,” tambah Zainol.

Turut hadir di majlis penutup berkenaan adalah Abdul Malik Mohd Yunus Pengurus Besar AFRS, Malaysia Airports, para peserta Fire Fighter Combat Challenge 2017 dan rakan-rakan media. 

News Date