SELANGOR – Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat bersama 47 orang penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dengan mengadakan aktiviti gotong-royong bersama artis daripada Persatuan Karyawan Malaysia. En. Zulhikam Ahmad, Pengurus Besar Malaysia Airports (Niaga), pihak pengurusan serta kakitangan Malaysia Airports (Niaga) turut meluangkan masa selama lebih 2 jam untuk beramah mesra bersama-sama para penghuni Pusat Jagaan Mahmudah di sini yang terdiri daripada 12 penghuni perempuan dan 35 penghuni lelaki. Selain daripada itu, seramai 3 artis dari Persatuan Karyawan Malaysia turut serta dalam program ini. Malaysia Airports (Niaga) juga telah memberi sumbangan bernilai RM10 ribu ringgit berupa wang tunai, hamper makanan, penyedut hampagas dan pelbagai barangan keperluan harian kepada penghuni rumah ini. Mengulas tentang majlis Tanggungjawab Sosial Korporat ini, En. Zulhikam Ahmad berkata, “Sebagai salah sebuah syarikat pengendali bebas cukai di lapangan terbang yang telah lama beroperasi di Malaysia – iaitu selama 24 tahun, kami amat berterima kasih kepada semua pihak-pihak berkepentingan yang telah menyumbang kepada kejayaan kami selama ini. Inisiatif seperti yang diambil hari ini merupakan salah satu cara kami menzahirkan rasa syukur kami – iaitu dengan berkongsi kejayaan bersama mereka yang memerlukan dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka”. “Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan kami sebagai sebuah syarikat korporat dan juga sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada komuniti di Selangor. Diharapkan dengan sedikit sumbangan daripada kami ini, mampu membawa sinar kebahagian kepada penghuni di sini”.``1
Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd Anjurkan Aktiviti Gotong Royong Di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia
News Title En
Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd Anjurkan Aktiviti Gotong Royong Di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En
News Date