Tawau- Inisiatif tanggungjawab sosial korporat MYAirportCARES meneruskan komitmen syarikat untuk menyokong komuniti di sekitar rangkaian lapangan terbangnya menerusi dua program utama iaitu Ceria Kembali Ke Sekolah dan Lawatan Pendidikan ke Lapangan Terbang. Kedua-duanya memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berkeperluan, dengan menyediakan bantuan berkaitan pembelajaran serta memberi pendedahan kepada sektor lapangan terbang.
Tahun 2025 telah menyaksikan satu pencapaian baharu apabila kedua-dua program ini dijalankan bersama sekolah di bawah inisiatif Sekolah Angkat MADANI kelolaan kerajaan Malaysia. Pendekatan ini membolehkan bantuan dan pendedahan pendidikan disalurkan dengan lebih tersusun kepada komuniti yang paling memerlukan.
Terkini, program Ceria Kembali ke Sekolah telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kuala Apas, Tawau, Sabah melibatkan 150 pelajar terpilih. Para pelajar telah dibawa membeli-belah persiapan sekolah seperti baju sekolah, seluar sukan, kasut, beg sekolah dan lain-lain kelengkapan bernilai RM400 setiap seorang. Selain itu, bantuan bursari berjumlah RM82,000 juga disalurkan kepada 410 pelajar untuk pembelian buku dan pakaian sukan. Buat julung-julung kalinya juga, semua pengurus lapangan terbang dari seluruh negara turun padang sebagai sukarelawan bagi menyantuni murid-murid berkenaan semasa aktiviti membeli-belah diadakan. Program yang sama turut bakal diadakan di Pulau Pinang.
Program Educational Airport Tour pula memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat lapangan terbang dan memahami operasi harian serta potensi kerjaya dalam sektor pengendalian lapangan terbang. Tahun ini, pelajar dari SK dan SMK Sungai Rawang di Sepang serta SK Lubok Nibong di Marudi, Sarawak turut terlibat. Buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 2023, program ini diperluas kepada komuniti sekitar STOLport Marudi. Pada 3 Disember 2025, seramai 30 murid dan 16 guru SK Lubok Nibong menyertai lawatan pendidikan ke Lapangan Terbang Miri yang merangkumi sesi bersama pasukan bomba, keselamatan penerbangan, operasi terminal, pengalaman pelanggan dan lawatan fasiliti.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Izani Ghani berkata, “MYAirportCARES adalah cara kami menyumbang kepada masa hadapan generasi muda di komuniti sekitar rangkaian lapangan terbang kami. Dari bantuan asas sekolah hingga pendedahan kepada dunia pengendalian lapangan terbang, usaha ini bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk murid yang memerlukan. Tahun ini, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sekolah Angkat MADANI bagi memastikan sokongan kami disalurkan kepada kumpulan yang paling layak. Ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk membantu membina keyakinan, inspirasi dan peluang kepada pelajar di seluruh negara.”
Sejak dilancarkan, program Ceria Back to School yang bermula pada 2018 telah memberi manfaat kepada lebih 4,500 murid di seluruh Malaysia.
Program Educational Airport Tour pula telah memanfaatkan lebih 5,500 pelajar sejak 2023. Kedua-dua program ini kini menjadi tonggak utama MYAirportCARES dalam usaha menyokong pembangunan pendidikan dan memperkukuh hubungan dengan komuniti berhampiran lapangan terbang kendalian Malaysia Airports.
MYAirportCARES PERLUAS SOKONGAN PENDIDIKAN KEPADA SEKOLAH ANGKAT MADANI
News Title En
MYAirportCARES PERLUAS SOKONGAN PENDIDIKAN KEPADA SEKOLAH ANGKAT MADANI
News Cards Published
On
News Description En
News Date