Orang Awam Diseru Salur Maklumat Bagi Membendung Kegiatan Penyamaran Sebagai Kakitangan Kerajaan Atau Penjawat Awam Dan Ulat Teksi Serta Porter-Porter Haram Di Lapangan Terbang

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
Orang Awam Diseru Salur Maklumat Bagi Membendung Kegiatan Penyamaran Sebagai Kakitangan Kerajaan Atau Penjawat Awam Dan Ulat Teksi Serta Porter-Porter Haram Di Lapangan Terbang
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

SEPANG – Selepas beberapa insiden yang tular membabitkan individu menyamar sebagai kakitangan kerajaan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA dan terminal keduanya, klia2 (Kod IATA: KUL) baru-baru ini, sebuah sidang media diadakan oleh Malaysia Airports dengan kerjasama pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA melalui Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) KLIA awal hari ini.  

Ketua polis daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamsah berkata, "Kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menangani isu ini." Menurut beliau lagi, "Mereka yang terlibat bukan sahaja menyamar sebagai penjawat awam malah turut terlibat melakukan pemerasan keatas mangsa yang terdiri daripada warga asing". ACP Zulkifli juga menyatakan, "Setakat ini beberapa tangkapan telah dibuat oleh pihak polis lanjutan daripada beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa. Sepanjang tahun 2018, terdapat 8 kes telah disiasat iaitu 6 kes dilaporkan berlaku di KLIA dan 2 Kes di klia2. Seramai 18 orang suspek telah ditangkap dan semua kes disiasat dibawah Seksyen 384/385 dan 170 Kanun Kesiksaan. Daripada jumlah kes tersebut, 5 kes telah dituduh di mahkamah dan masih dalam perbicaraan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dijatuhkan dengan hukuman   penjara selama 2 tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dibawah Seksyen 170 Kanun Kesiksaan".

Zulkifli juga berkata, pihak polis sentiasa komited bagi memastikan keselamatan kedua-dua terminal lapangan terbang iaitu KLIA dan klia2 sentiasa terkawal dan bebas daripada sebarang bentuk kegiatan jenayah. Sehubungan itu sejak Disember 2018, IPD KLIA telah melancarkan satu operasi khas pencegahan jenayah termasuk akan mengambil tindakan keatas mereka yang terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan pemerasan. Begitu juga tindakan keatas porter-porter haram yang didapati  turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

ACP Zulkifli menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah yang berlaku kepada pihak polis untk kita mengambil tindakan segera.

Sementara itu pengurus besar kanan MA (Sepang) Sdn Bhd Mohamad Suhaimi Abdul Mubin berkata, "Pihak Malaysia Airports amat maklum terdapat beberapa insiden yang telah berlaku seperti yang dipaparkan dalam video tular tempoh hari.  Malaysia Airports serta pihak berwajib di KLIA amat mengambil serius berkaitan hal demikian kerana ianya melibatkan para penumpang di lapangan terbang. Sehubungan itu, Malaysia Airports amat menggalakkan orang ramai atau para penumpang yang menjadi mangsa peras ugut untuk segera membuat laporan ke kaunter informasi berdekatan berkenaan aktiviti ini sekiranya terjadi. Kami sedia membantu para penumpang dalam membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kami akan terus bekerjasama dengan pihak berwajib bagi mencegah perkara ini daripada terus berleluasa.”

Merujuk kepada modus operandi licik kumpulan-kumpulan ini, pihak berkuasa memerlukan bantuan dari orang ramai dan para penumpang untuk melaporkan segera agar tindakan susulan dapat diambil.  

Ketua Stesen Kawalan Jabatan Pengangkutan Jalan KLIA, Tuan Sarawanan A/L Sendrasaran berkata, "Pihak JPJ sedia maklum berkenaan aduan aktiviti ulat teksi yang berlaku di KLIA. Di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) Seksyen 205 (1) dan Seksyen 243 (1), seseorang boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun. Pada tahun 2019, pihak JPJ telah membuat sebanyak 33 tangkapan ulat dan mereka telah didakwa di Mahkamah Sepang beserta kutipan denda sebanyak RM84,500. Pihak JPJ akan menjalankan penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung gejala ulat teksi di KLIA dan klia2 ini dengan kerjasama Malaysia Airports.”

Malaysia Airports sekali lagi menasihatkan para penumpang di KUL untuk terus berjaga-jaga ketika didekati oleh orang asing. Sila dapatkan duta CARE kami di Kaunter Maklumat sekiranya anda merasa tidak pasti atau berasa terancam. Kami juga ingin menegaskan bahawa pegawai kerajaan di lapangan terbang hanya akan berada di kaunter yang ditempatkan khas untuk mereka. Jangan serahkan wang atau barang berharga dan dengan segera melaporkannya kepada kakitangan penerbangan keselamatan lapangan terbang sekiranya terdapat sebarang masalah.

 

News Date