SOKONGAN BERTERUSAN MALAYSIA AIRPORTS UNTUK KOMUNITI DAN PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM MYAirportCARES

By corporatecmsadmin, 17 December, 2024
News Title En
SOKONGAN BERTERUSAN MALAYSIA AIRPORTS UNTUK KOMUNITI DAN PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM MYAirportCARES
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

PULAU LANGKAWI – Seramai 150 pelajar daripada komuniti Pulau Langkawi menerima manfaat melalui sumbangan Ceria Kembali ke Sekolah, sebuah inisiatif di bawah Program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports, MYAirportCARES, dengan nilai sumbangan sebanyak RM87,000. Sejajar dengan tiang tanggungjawab korporatnya, Pengukuhan Komuniti dan Belia Melalui Pendidikan, inisiatif ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar bagi menghadapi sesi persekolahan baharu dengan lebih bersemangat dan serba lengkap.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, lebih 4,000 pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat melalui program ini menerusi bantuan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, beg, kasut, alat tulis, dan lain-lain.

Dalam program kali ini, para pelajar dibawa membeli-belah di sebuah pasar raya di Pulau Langkawi dengan sokongan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan guru-guru sekolah. Program ini turut mendapat sokongan Khazanah Nasional Berhad menerusi program Berbudi Bersama.

Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, Malaysia Airports bukan sahaja komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang dan pelawat, tetapi juga memikul tanggungjawab sosial yang besar melalui program CR yang inklusif. Aktiviti ini mencerminkan usaha syarikat dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

Baru-baru ini, Malaysia Airports juga telah menyalurkan sumbangan tongkat kepada seramai 311 pelajar di kalangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Program "Seorang Buta Sebatang Tongkat", melalui Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia (PMOKUM). Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan aksesibiliti dan kualiti hidup mereka.

Inisiatif seperti ini menonjolkan peranan Malaysia Airports dalam menyumbang kepada pembangunan sosial, memperkasakan komuniti dan memastikan tanggungjawab sosial korporat terus membawa manfaat kepada masyarakat.

News Date