Malaysia Airports Sumbang Wang Zakat Berjumlah Rm15 Ribu Kepada Para Pelajar Di Sekolah-sekolah Sekitar Melaka

By corporatecmsadmin, 11 August, 2024
News Title En
Malaysia Airports Sumbang Wang Zakat Berjumlah Rm15 Ribu Kepada Para Pelajar Di Sekolah-sekolah Sekitar Melaka
News Cards Published
On
News Cards Created At
News Cards Updated At
News Description En

MELAKA – Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), Datuk Badlisham Ghazali meneruskan gerak kerja bagi tahun 2016 beliau dengan mengadakan lawatan kerja sehari ke Lapangan Terbang Melaka.

Memulakan lawatan kerja beliau ke lapangan terbang itu pada awal pagi semalam, Badlisham memperuntukkan masa lebih dua jam bersama kakitangan Malaysia Airports di lapangan terbang itu dalam satu sesi dialog yang membincangkan hala tuju perniagaan syarikat itu bagi jangka masa lima tahun akan datang dan juga memberi peluang kepada kakitangan untuk berdialog secara langsung dengan pengarah urusan Malaysia Airports itu.

Sebaik sahaja selesai sesi dialog bersama wargakerja Lapangan Terbang Melaka, Badlisham turut berkesempatan untuk menyampaikan Sijil Persaraan kepada wargakerja lapangan terbang tersebut yang akan bersara pada tahun ini dan beliau juga turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Hari Sukan Lapangan Terbang Melaka 2016 bagi acara-acara sukan yang telah berlangsung di lapangan terbang itu sebelum ini.

Di majlis yang sama juga, Malaysia Airports turut menyampaikan sumbangan wang zakat berjumlah keseluruhan RM15,000 kepada 100 orang pelajar dari lima buah sekolah di sekitar Lapangan Terbang Melaka iaitu Sekolah Rendah Agama Jaim Pulau Samak, Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam I1), Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam (2), Sekolah Menengah Munshi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir. Penyerahan wang zakat ini telah disempurnakan oleh Badlisham kepada guru besar dan pengetua sekolah-sekolah berkenaan.

Badlisham berkata, “Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan kami sebagai sebuah entiti korporat dan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada komuniti setempat di mana kami beroperasi. Diharapkan sumbangan ini mampu menyuntik semangat para pelajar di sekolah-sekolah ini untuk memberikan yang terbaik dalam pembelajaran mereka dan sekaligus meneruskan legasi kita semua untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara di masa hadapan.”

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, Pengurus Besar Malaysia Airports Sdn Bhd dan wargakerja Malaysia Airports di Lapangan Terbang Melaka.

News Date